Monday, November 22, 2010

Assalamualaikum...w.b.t

Kesihatan adalah aset utama melahirkan golongan yang bijak, harmoni, penyayang dan berdaya juang. Tetapi untuk mengekalkan kesihatan yang baik adalah amat sukar disebabkan pencemaran air, udara & tanah serta pengambilan pemakanan harian yang tidak seimbang.

Pengambilan gula, garam & lemak yang terlalu banyak dihubungkaitkan kepada masalah jantung, darah tinggi, kencing manis (diabetes), strok (angin ahmar), kolestrol yang tinggi & kegemukan. Kesemuanya ini dikenali sebagai penyakit pembunuh dan untuk mengelakkannya & mengekalkan kesihatan, selain daripada keperluan pengambilan pemakanan seimbang & senaman yang teratur; pemakanan kesihatan semulajadi tanpa kesan sampingan adalah amat diperlukan.
Merawat dan menjana kesihatan berasaskan pemakanan alamiah iaitu HERBA dan penghasilan daripada lebah (MADU & BEE POLLEN) adalah merupakan amalan manusia berabad lamanya. Begitu juga dengan GAMAT, yang mana hari ini telah diperkui keberkesanan penggunaannya. Penggunaanya amat meluas dan sehingga kini manusia masih menggunakannya sebagai Pemakanan Kesihatan dan Perubatan.

0 comments:

Post a Comment